Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 Januari 2012

Keresahan penduduk Kg Baru



KUALA LUMPUR - Insiden kanak-kanak berusia 10 tahun, Fifi Ramadhani Safruddin, yang dijadikan tawanan selama enam jam oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampung Baru di sini kelmarin mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk kawasan tersebut.

Tinjauan wartawan mendapati, pintu rumah di sekitar kawasan Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Raja Mahmud bertutup rapat ekoran insiden itu, yang menggemparkan banyak pihak.

Selain itu, ketika ditemu bual, rata-rata penduduk mengharapkan agar kawalan keselamatan di kawasan Kampung Baru dipertingkatkan.

Seorang peniaga kedai runcit yang mahu dikenali sebagai Salawati berkata, kejadian seumpama itu tidak mustahil akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Justeru, dia meminta agar jawatankuasa penduduk dapat membuat kawalan atau rondaan di kawasan sekitar Kampung Baru.

"Saya mempunyai anak perempuan. Saya takut kerana benda ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Penjahat sekarang tidak memilih orang.

“Jadi saya harap tingkatkan kawalan dan saya nasihatkan penduduk sentiasa menutup pintu. Saya juga meminta agar pihak polis turut membuat rondaan," katanya.

Selain itu, seorang peniaga kuih-muih, Rosinah Abu Samah, 47, berkata, dia turut mengharapkan agar kawalan keselamatan di kawasan itu dipertingkatkan walaupun ia agak sukar untuk dilakukan.

Katanya, Kampung Baru mempunyai banyak jalan keluar-masuk dan dia khuatir ia akan menyukarkan pihak yang menjaga keselamatan.

"Saya dah lama tinggal sini. Saya rasa kawalan keselamatan perlu ada. Tetapi di sini banyak jalan keluar, masuk.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular