
Cucu ke dua Chef Wan bernama Isabella Saffiya
KUALA LUMPUR - Pengacara, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya kira-kira jam tiga petang, kelmarin.
Menurut Serina menerusi laman sosial Twitter miliknya, anak keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
“Syukur Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang puteri pada Tahun Naga Air. Terima kasih atas doa semua dan saya sangat gembira," katanya.
Bagaimanapun, difahamkan bapa Serina, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli-belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Selain Isabella, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
