Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Januari 2012

Ibu lelaki yang curi duit masjid akan dibantu




SINGAPURA - KEMENTERIAN Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) akan berganding bahu dengan majlis pembangunan masyarakat (CDC) membantu ibu lelaki yang dipenjara kerana mencuri wang masjid.

'Saya dimaklumkan bahawa Noraizam Abdullah telah mendapatkan bantuan CDC. Kami telah membantu Noraizam di bawah ComCare dari September hingga Oktober 2011.

'MCYS sedang bekerjasama dengan CDC pula untuk melihat bagaimana kami dapat membantu ibu Noraizam,' kata Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yacob, ketika diminta mengulas mengenai kes Noraizam Abdullah, 40 tahun, yang dipenjara setahun baru-baru ini kerana mencuri $32 daripada tabung Masjid Darussalam bulan lalu.

Noraizam memberitahu mahkamah dia mencuri duit itu bagi membeli makanan bagi diri dan ibunya, yang berkerusi roda kerana kakinya dipotong.

Masjid Darussalam telah menjelaskan bahawa Noraizam sudah dibantunya sejak 2008, tetapi dia pernah ditangkap beberapa kali kerana melakukan kesalahan dalam kawasan masjid, termasuk meminta wang daripada kakitangan dan jemaah masjid.

Cik Halimah berkata CDC bersedia memberi bukan saja bantuan jangka pendek, seperti bantuan kewangan, bahkan jangka panjang, termasuk membantu individu mendapatkan pekerjaan.

Beliau berkata mungkin ada pihak tidak tahu cara mendapatkan pelbagai bantuan yang disediakan.

'Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh hampiri Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) atau CDC bagi mendapatkan bantuan menyeluruh, seperti bantuan kewangan dan mendapatkan pekerjaan, itu lebih penting.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular