Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Januari 2012

Peluang warga kota rebut hadiah RM12,500

Datuk Normah Malik





KUALA LUMPUR - Bagi meneruskan kemeriahan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di Dataran Merdeka, di sini, Sabtu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif memberikan pelbagai ganjaran istimewa khusus kepada warga kota hingga penghujung Februari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL, Datuk Normah Malik, berkata bermula semalam di Kuala Lumpur, acara sampingan sama ada anjuran DBKL mahupun pihak luar sudah mula mengambil tempat bagi memeriahkan sambutan itu termasuk Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan membabitkan bangunan sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, selain penyertaan bangunan milik swasta dan pejabat kerajaan, penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut mengambil bahagian menghiasi blok kediaman masing-masing dengan bendera Wilayah Persekutuan.

“Dalam pertandingan itu, kami menawarkan hadiah keseluruhan RM12,500 serta sijil kepada juara, naib juara dan ketiga di samping lima hadiah sagu hati.

“Selain kibar bendera, pemandu kenderaan berpeluang memenangi wang tunai menerusi pertandingan jejak bendera apabila kami menjejaki kenderaan di sekitar ibu negara sepanjang Februari ini yang memasang bendera dan hiasan paling kreatif,” katanya pada sidang media di sini.


Selain ganjaran melalui pertandingan, warga kota bakal menikmati penggunaan percuma tandas awam DBKL serta kemudahan lain seperti gelanggang futsal, tenis, badminton dan kolam renang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular