Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 Januari 2012

leher Fifi 3 kesan calar

Fifi sedang diberi rawatan di rumah sakit dan ditemani ibunya.






KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan kanak-kanak yang menjadi mangsa tebusan seorang lelaki bersenjatakan pisau di Kampung Baru di sini pada Isnin lepas mengalami tiga kesan calar berpunca daripada pisau yang digunakan suspek sebelum polis bertindak melepaskan empat das tembakan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata kesan calar itu sudah disahkan oleh doktor yang merawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur(HKL).

"Kesan calar itu ada dua pada bahagian dada dan satu calar di tangan sebelah kiri...kita percaya kesan itu datang dari pisau yang digunakan suspek semasa menjadikan mangsa sebagai tebusan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata buat masa ini mangsa masih diberikan rawatan dan tidak dibenarkan diganggu oleh mana-mana pihak, dan polis akan menunggu keputusan daripada doktor sama ada boleh berjumpa mangsa atau sebaliknya.

Zulkarnain berkata tindakan polis melepaskan empat das tembakan pada waktu itu adalah wajar bagi menyelamatkan mangsa kerana keadaan suspek semakin agresif dan risiko keselamatan mangsa semakin meningkat.

"Kita terpaksa melepaskan tembakan itu kerana nyawa mangsa berada dalam keadaan bahaya...tujuan tembakan itu untuk mencedarakan suspek, namun beliau mati di hospital sebelum sempat polis menyoal siasat," katanya.

Katanya, suspek mati kira-kira antara pukul 4.50 petang hingga 4.55 petang pada hari kejadian dan jenazahnya sudah dituntut oleh sepupunya pada pukul 8 malam tadi.

Beliau berkata lelaki itu mempunyai tujuh rekod jenayah membabitkan narkotik dan samun.

"(Ketika kejadian) suspek ialah seorang penganggur dan untuk rekod suspek pernah bekerja sebagai penarik kabel," katanya.

Ketika ditanya media punca suspek menjadi agresif dan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan, beliau berkata siasatan masih dilakukan dan polis telah mengumpul maklumat daripada penduduk setempat berhubung punca sebenar suspek bertindak di luar kawalan.

Pada kejadian Isnin lepas, seorang lelaki berumur 34 tahun yang berbogel dan tidak dikenali memasuki rumah mangsa pada pukul 10 pagi lalu mengambil sebilah pisau dari dapur, dan terus ke sebuah bilik di mana kanak-kanak itu sedang bermain dengan sepupu dan kawannya, dan menjadikannya sebagai tebusan.

Kejadian itu berakhir pada pukul 4 petang apabila polis bertindak menembak lelaki yang berasal dari Sabah itu setelah pelbagai usaha memujuknya menemui jalan buntu.

(Salah seorang ahli keluarga Fifi Ramadhani, mangsa tebusan 6 jam di Kampung Baru semalam melakukan adegan semula bagaimana Fifi dijadikan tebusan oleh seorang lelaki yang berjaya ditembak oleh polis).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular