Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 Januari 2012

SENIMAN: Harun Salim Bachik Seleweng RM800 ribu wang persatuan?

Harun Salim Bachik





KUALA LUMPUR - “Saya tidak pernah menyeleweng wang persatuan untuk kegunaan peribadi. Biarpun saya kesal dengan banyak tuduhan dilemparkan, saya belum memikirkan sama ada mahu melepaskan jawatan itu atau sebaliknya,” kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik.

Itu antara penjelasan diberikan Harun berhubung dakwaan beberapa pihak yang menuduhnya menyeleweng wang Seniman yang berbaki RM800,000 selain khabar angin mengatakan dia bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat selepas kecewa dengan prestasinya sebagai presiden termasuk tidak dapat melaksanakan beberapa resolusi yang dirancang sejak menyandang jawatan itu.

Harun dilantik memegang jawatan terbabit pada akhir 2009 apabila menewaskan Datuk Mustapha Maarof dengan majoriti empat undi, namun sehingga awal tahun ini wujud beberapa rungutan daripada pihak tertentu mendakwa kepemimpinan pelakon dan pelawak berkenaan tidak membawa sebarang perubahan.

Menurut Harun, tempoh jawatannya hanya berakhir pertengahan 2013, tapi sudah wujud pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atasnya, termasuk dia mahu meletak jawatan kerana kecewa.

“Saya belum mengeluarkan kenyataan untuk meletak jawatan. Benda macam ini bila kita diam orang mulalah cakap kita nak letak jawatan dan memang orang nak saya letak jawatan,” katanya.

Harun berkata, antara usul yang dibangkitkan adalah pada 2010 dia merancang membeli sebuah bangunan daripada ahli Seniman bagi kegunaan persatuan, namun wujud salah faham di kalangan artis menyebabkan perkara itu tidak dapat dilaksanakan.

“Ada pihak menuduh saya menggunakan wang itu untuk kegunaan sendiri sedangkan saya tidak mengambil sesen pun. Saya terpaksa mengalah, malah hasrat membeli bangunan tidak tercapai dan wang terbabit dimasukkan semua ke akaun persatuan,” katanya.

Kata Harun, ketika merancang membeli bangunan berkenaan, dia melalui proses undang-undang dan jujur mengendalikan akaun persatuan.

“Saya berniat baik pada Seniman, bukan mahu merosakkan persatuan, tetapi banyak sangat tuduhan yang dilemparkan. Saya menafikan menggunakan wang milik Seniman dan sehingga kini bakinya masih ada RM800,000 selain dividen akan digunakan membantu artis memerlukan,” katanya.

Menurutnya, dakwaan pihak tertentu dia mahu meletakkan jawatan adalah tidak benar biarpun dia tahu ada yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinannya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular