Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 18 Jun 2013

Pelakon drama dakwa jadi mangsa cabul pengarah tua



KUALA LUMPUR – Seorang pelakon baharu membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul beberapa kali oleh seorang pengarah drama berusia 60-an.

Pelakon berusia 22 tahun yang telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 8.30 malam kelmarin berkata, dia membuat laporan polis itu kerana bimbang keselamatan dirinya selepas mendakwa menerima ugutan daripada pengarah drama terbabit supaya tidak menyebarkan kejadian keji itu.

“Saya berlakon drama arahan pengarah itu sekitar Januari dan Februari lalu. Kali pertama, dia (pengarah) meraba badan dan cium saya ketika dalam perjalanan menghantar saya pulang ke Damansara selepas kami mengadakan satu perjumpaan mengenai penggambaran sebuah drama,” cerita pelakon itu ketika dihubungi wartawan di sini semalam.

Selepas kejadian itu, dakwa pelakon terbabit, pengarah itu mengugut supaya dia tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu jika tidak mahu karier seninya berkubur.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular