Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 27 Jun 2013

Pelakon Norish Karman trauma selepas dirompak



KUALA LUMPUR - Pelakon Nor Ashikin Karman, 39, atau lebih popular dengan panggilan Norish Karman mengakui trauma selepas dirompak di sebuah pusat beli-belah di sini kira-kira dua bulan lalu.

Menurut Norish, ekoran kejadian itu, dia tidak mahu lagi berseorangan atau bersama anak-anak jika hendak ke kawasan tempat letak kereta.

Mengimbas kembali hari kejadian, dia bersama tiga anaknya sedang berjalan ke tempat letak kereta pusat beli-belah itu sebelum tiga lelaki tidak dikenali muncul dari belakang dan mengacukan pisau ke arahnya.

"Saya diancam supaya jangan menoleh ke belakang dan melakukan sebarang pergerakan sebelum mereka merampas beg tangan saya dan mengambil barangan berharga serta sejumlah wang," katanya ketika dihubungi wartawan semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular