Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 9 Jun 2013

Tunku Abdul Aziz diugut bunuh


PETALING JAYA – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa beliau menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon kelmarin dan percaya ancaman tersebut mempunyai kaitan dengan politik.

Beliau yang lantang mengkritik dan mendedahkan pelbagai maklumat sulit DAP sejak meninggalkan parti itu pada Mei tahun lalu menerima ugutan tersebut di rumahnya pada pukul 10.10 malam kelmarin.

Jelasnya, panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali menerusi telefon bimbit. Orang itu berkata ‘I will kill you’ (Saya akan bunuh awak) sebelum memutuskan talian.

Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau tidak mahu menuduh sesiapa tetapi percaya ugutan bunuh itu ada kaitan dengan kelantangannya mengkritik DAP khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular