Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Mei 2010

Dera Bayi: Suami Isteri Ditahan.

( Foto hiasan )



KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri malam tadi bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berumur tiga bulan kelmarin, dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya yang berusia 32 tahun, diberkas di kawasan Dang Wangi jam 9.30 malam tadi.

"Siasatan mendapati bapa bayi itu bekerja sebagai deejay manakala ibunya sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan yang sama.

"Buat sementara waktu, kita hanya menahan ibu bapa bayi itu untuk siasatan lanjut, dan jika perlu, kita akan menahan pengasuh bayi terbabit bagi melengkapkan hasil siasatan," katanya kepada pemberita di Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai di sini hari ini.

Bayi berkenaan, Mohd Hamzah Hafiz, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sehari selepas menerima rawatan.

Muhammad Sabtu berkata, siasatan awal mendapati bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di bahagian abdomen dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh yang membawa hukuman mati mandatori. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular