Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 27 Mei 2010

Ibu ditahan kes bayi ditanam berdekatan stesen komuter

( Foto hiasan )




SHAH ALAM 27 Mei – Polis hari ini menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata, wanita berusia bawah 20 tahun itu ditahan di rumahnya di sini pada 9 pagi tadi, manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.

"Ketika ditahan, wanita terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang. Dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang,” katanya.

Noor Azam berkata, polis masih menunggu laporan kesihatan wanita itu sebelum menjalankan siasatan lanjut.

Isnin lepas, seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad menemui satu longgokan tanah yang menyerupai kubur dan selepas digali polis menemui mayat bayi lelaki yang tidak cukup bulan yang dibalut dengan sehelai kain putih. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular