Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 24 Mei 2010

USM cipta plastik mesra alam



GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) melangkah ke depan dalam bidang ciptaan dengan menghasilkan plastik mesra alam daripada sisa buah-buahan bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan.

Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Dr Hanafi Ismail, yang mengetuai tiga ahli pasukan penyelidik berkata plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada sisa buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit belimbing.

Ketika ini, katanya, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.

"Idea kami ialah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai dengan serangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya ketika pengenalan produk yang mereka namakan Fruitplast di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.

"Kami telah menjalankan kajian degradasi ke atas Fruitplast dan ia telah membuktikan dalam keadaan dibuang, ia akan rosak dalam satu tempoh masa antara tiga hingga enam bulan. Kos mengeluarkan Fruitplast pula 10 peratus lebih murah," katanya.

"Pada masa ini, kami sedang dalam proses mempatenkan Fruitplast sebelum kami mengeluarkan produk ini secara komersial dalam tempoh kira-kira setahun," katanya.
Sementara itu, Prof Madya Noor Aziah Abdul Azizi dari Bahagian Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Teknologi Industri, sudah menghasilkan mi yang dibuat daripada pisang hijau.

Beliau berkata, mi yang biasanya dibuat daripada tepung gandum, pemakanannya tidak seimbang kerana kebanyakan sumbernya ialah karbohidrat.

"Kami menghasilkan mi dengan menggantikan tepung gandum dalam mi dengan pisang hijau dalam usaha untuk menjadikannya kaya dengan serat diet dan pati bertahan dengan warna semula jadi yang sama dengan mi soba Jepun," katanya

Beliau berkata, mi pisang hijau itu dinamakan mi Greenana.

Katanya, mi Greenana itu ialah diet pilihan bagi sektor populasi dengan kalori tertentu dan glymik keperluan diabetik dan individu yang mempunyai berat berlebihan.

"Pada masa ini kami sedang berbincang dengan sebuah agensi kerajaan bagi mengkomersialkan mi Greenana yang 10 peratus murah berbanding mi organik," katanya.

Beliau berkata, mi Greenana telah menerima anugerah khas bagi Rekacipta Terbaik dan Anugerah Perak bagi rekacipta mi Greenana pada Ekspo Rekacipta Wanita Antarabangsa Korea (KIWIE) 2010, di Seoul. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular