Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 22 Mei 2010

MAS Menangi Anugerah Kelas Ekonomi Terbaik Dunia




KUALA LUMPUR, 23 Mei:--- Malaysia Airlines (MAS) memenangi dua anugerah -- Kelas Ekonomi Terbaik Dunia dan Kecemerlangan Perkhidmatan Petugas -- di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2010 di Hamburg, Jerman, pada Khamis lepas.

Kenyataan MAS hari ini menyebut Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia dipilih berdasarkan Kaji Selidik Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax membabitkan lebih 40 syarikat penerbangan dari seluruh dunia dan pemenang dipilih oleh kira-kira 18 juta penumpang penerbangan dari 100 warga negara yang berlainan dalam kaji selidik selama 10 bulan antara Julai tahun lepas dan April tahun ini.

Kenyataan itu memetik pengerusi Skytrax Edward Plaisted sebagai berkata anugerah Kelas Ekonomi Terbaik Dunia yang dimenangi oleh MAS itu mencerminkan kualiti produk serta perkhidmatan yang diberi kepada pelanggannya.

"Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia yang dikenali sebagai 'Pilihan Penumpang" mendasari hakikat bahawa MAS nyata dapat memuaskan hati pengkritik terhebat mereka iaitu pelanggan mereka sendiri," katanya.

Plaisted berkata Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Petugas bagi Asia pula mengiktiraf bahawa syarikat penerbangan berkenaan mengutamakan standard perkhidmatan petugas yang paling tinggi, bukan sahaja semasa dalam penerbangan, tetapi juga di pusat pangkalan lapangan terbang.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata syarikat penerbangan itu, selama bertahun-tahun, telah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaiannya sebagai sebahagian daripada inisiatif menyeluruh untuk meningkatkan pengalaman para pelanggan.

"Saya sangat gembira kerana hasil usaha kami mendapat pengiktirafan pelanggan. Kami akan terus membangun atas budaya kami yang sentiasa memberi keutamaan kepada pelanggan," katanya, sambil menambah beliau berbangga dengan pencapaian cemerlang pasukan MAS. -- BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular