Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Ikan keli unik warna keemasan

Keunikan ikan keli berwarna kuning emas dan keli biasa.



TUTONG,BRUNEI DS:--- Seorang penduduk Kampung Batang Mitus di sini, Awang Injan Bayam, 76, terkejut besar apabila pukat yang dipasangnya untuk menangkap ikan semasa musim banjir lalu, mendapat seekor keli ganjil berwarna kuning keemasan seberat 800 gram dan panjangnya kira-kira 36 sentimeter.

Katanya, beliau memasang pukat untuk menangkap ikan sebagai kerja sambilan di waktu lapang, selain berkebun.

"Beberapa hari yang lalu, banjir melanda berdekatan rumah saya di Kampung Batang Mitus, saya mencuba nasib dengan memasang pukat untuk menangkap ikan yang berbagai-bagai jenis seperti ikan dalak, ikan keli dan macam-macam lagi.

"Setelah beberapa jam, saya pergi melihat hasil pukat itu dan apa yang memeranjatkan saya ialah salah seekor ikan hasil tangkapan itu sangat unik, iaitu ikan keli berwarna kuning emas," katanya sambil memberitahu bahawa inilah kali pertama beliau melihat ikan keli sedemikian.

Bertahun-tahun beliau memasang pukat yang pada kebiasaan mendapat ikan keli berwarna coklat hitam. Pada kebiasaannya hasil tangkapan yang diperoleh itu untuk dimakan bersama-sama keluarga beliau.

Bagaimanapun oleh kerana keunikan warnanya yang menarik, beliau berniat untuk memelihara ikan keli hasil tangkapan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular