Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 Januari 2011

Misbun sedia pertimbang



KUALA LUMPUR – Selepas mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh, jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek akhirnya mula berlembut dan menyuarakan kesediaan untuk mempertimbangkan peletakan jawatannya.

Misbun meluahkan segala yang terbuku dalam pertemuan dengan presiden BAM itu, Rabu lalu dan selepas mengadakan perbincangan hati ke hati, Nadzmi percaya, krisis yang melanda jurulatih itu dan BAM sebenarnya boleh diselesaikan dan menuju ke arah positif.

Katanya, Misbun tidak pernah mempersoalkan struktur kejurulatihan yang baru, malah menghormatinya, beliau cuma memohon beberapa penambahan dalam program melibatkan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei – permintaan yang disifatkan oleh Nadzmi tidak keterlaluan dan boleh dipertimbangkan.

Menurut Nadzmi lagi, beliau percaya, krisis kedua-dua pihak boleh diselesaikan tanpa menyentuh struktur kejurulatihan, namun keputusan hanya akan diambil selepas mengadakan perbincangan terperinci bersama Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj dan pengurus besar mereka, Kenny Goh.

“Saya beritahu Misbun agar mempertimbangkan peletakan jawatannya kerana beliau diperlukan untuk terus membimbing Datuk Lee Chong Wei yang ketika ini merupakan prospek terbaik kita untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik London.

“Selepas bertukar pandangan dan berbincang secara lebih terperinci mengenai apakah yang dimahukan Misbun untuk merangka programnya dan apakah yang boleh ditawarkan BAM, saya percaya pertemuan ini berhasil dengan amat positif dan kami menuju satu keputusan terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Misbun memerlukan program istimewa untuk menyiapkan Chong Wei menghadapi Sukan Olimpik 2012, bagi BAM, kami akan tengok apa yang boleh diberikan kepada mereka dari segi sparring dan akan cuba mendapatkan peruntukan tambahan jika diperlukan. Program akan cuba dilaksanakan tambah perlu menganggu struktur,” kata Nadzmi ketika dihubungi.

Kata Nadzmi, selepas mengadakan rundingan bersama Misbun, beliau mendapati jurulatih itu sebenarnya tidaklah begitu bermasalah, cuma beliau mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan kerja dan mahu ia dihormati, terutama Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC).

Nadzmi tidak menyebut apakah memasukkan Misbun Ramdan Misbun ke dalam program kendalian jurulatih itu sebahagian daripada perkara yang dibincangkan, sebaliknya beliau menegaskan, ada beberapa perkara terlalu peribadi dan tidak wajar dikongsi.

Misbun menggemparkan sukan tanah air apabila menghantar surat peletakan jawatan pada 31 Disember lalu kerana tidak gembira dengan perubahan struktur kejurulatihan baru yang mengambil anaknya, Ramdan daripada programnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular