Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Januari 2011

Tujuh lanun Somalia direman tujuh hari mulai hari ini

TIGA daripada tujuh lanun Somalia yang ditahan Paskal dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan perubatan, hari ini.



KUALA LUMPUR:--– Tujuh rakyat Somalia yang diberkas oleh anggota tentera Malaysia ekoran cuba merompak sebuah kapal Malaysia di Teluk Aden pada 20 Januari lepas, ditahan reman tujuh hari sehingga 6 Februari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap ketujuh-tujuh rakyat Somalia itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Noor Firdaus Rosli kira-kira pukul 4 petang tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat sini.

Ketujuh-tujuh lanun itu dibawa keluar dari Pusat Tahanan Sementara terbabit kira-kira pukul 4.30 petang dengan menaiki sebuah bas polis dan diiringi beberapa kenderaan polis dari pusat tersebut.

Kesemua lanun terbabit memakai baju lokap berwarna oren dan digari tangan itu diiringi beberapa pegawai polis yang bertugas sebelum mereka dibawa keluar dari pusat tahanan terbabit.

Difahamkan, mereka dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular