Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Januari 2011

Pindah jika keadaan kritikal

PESERTA demonstrasi berkumpul di atas sebuah kereta kebal bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan di Kaherah semalam.


KUALA LUMPUR – Lebih 10,000 rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir ekoran demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan Presiden Hosni Mubarak sejak awal minggu lalu akan dibawa pulang atau dipindahkan ke negara-negara berdekatan jika keadaan menjadi tegang dan di luar kawalan.

Kerajaan menerusi Kedutaan Besar Malaysia telah mengatur pelan kontingensi untuk memindahkan mereka ke negara berdekatan seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya.

Namun suasana pada masa ini dilaporkan masih terkawal dengan semua rakyat Malaysia dalam keadaan selamat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kakitangan kedutaan kini memantau keadaan selama 24 jam sehari.

“Kita telah menyediakan perancangan kontingensi bagi menjaga keselamatan pelajar serta rakyat Malaysia.

“Ini termasuk memantau perkembangan keselamatan di Mesir dengan lebih teliti, mengesan dan menghubungi kesemua pelajar Malaysia bagi memastikan mereka selamat, selain menyediakan perancangan kontingensi untuk memindahkan mereka ke negara-negara jiran seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya,’’ katanya dalam kenyataan di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular