Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Januari 2011

Sarawak pantau perkembangan H1N1




KUCHING – Jabatan Kesihatan Sarawak akan memantau jumlah kes Influenza A (H1N1) di 23 klinik sentinel di seluruh negeri ini, lebih-lebih lagi dengan jangkaan pergerakan besar-besaran orang ramai sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata, sebanyak 44 kes yang telah disahkan dilaporkan setakat semalam.

"Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan pandemik Influenza A H1N1 telah berakhir, trend kes penyakit serupa Influenza (ILI) dilaporkan meningkat sejak dua minggu terakhir tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri menasihatkan orang ramai yang mengalami simptom Influenza, khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan yang mempunyai faktor risiko tinggi supaya segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital.

Juga penting bagi kalangan yang mengendalikan kawasan awam seperti kedai makan, kedai kopi, pasar dan pusat beli-belah memastikan mereka meningkatkan tahap kebersihan, termasuk tandas dan sinki basuh tangan untuk mengelak premis mereka menjadi tempat punca penyebaran penyakit itu, katanya. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular