Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Februari 2011

Dokumentari HMM di TV 3





NORMAN (tiga dari kanan) bersama barisan karyawan filem Hikayat Merong Mahawangsa.



KUALA LUMPUR:-- SEMPENA kemunculan filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios telah menghasilkan sebuah dokumentari mengenai filem itu untuk tatapan umum.

Faktor utama penyiaran dokumentari HMM adalah sebagai program tambahan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung fakta sejarah yang dipaparkan dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, penghasilan dokumentari itu juga adalah sebagai salah satu cara mempromosikan HMM.

“Biasanya filem yang telah dihasilkan akan menerbitkan program di sebalik tabir.

“Namun, HMM mengambil sedikit kelainan dengan menyediakan dokumentari berdurasi satu jam memandangkan versi filemnya memaparkan cerita yang mempunyai kaitan dengan pembentukan negeri Kedah,” katanya pada majlis tayangan dokumentari HMM di Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penghasilan dokumentari itu juga sebagai sokongan kepada penterjemahan intelektual yang diolah dalam bentuk hiburan sebelum menjelmakan filem HMM itu bagi tontonan seluruh lapisan masyarakat.

Tambah Norman, dengan memuatkan beberapa temu bual bersama tokoh sejarah dan ahli akademik, dokumentari itu diharap sedikit sebanyak membantu penonton untuk memahami secara mendalam versi filem HMM yang bakal ditayangkan menjelang 10 Mac ini.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam dokumentari tersebut ialah Datuk Wira Mohd. Shaarif Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Datuk Profesor Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd. Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Datuk Dr. Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM).

Turut ditampilkan dalam dokumentari berkenaan ialah wawancara bersama Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem itu dan Amir Hafizi yang merupakan penulis skripnya.

Menurut Norman, naskhah asal Hikayat Merong Mahawangsa dalam bentuk buku yang menjadi rujukan bagi projek filem itu adalah terlalu tebal dan mempunyai pelbagai bentuk pemahaman kepada setiap pembacanya.

Namun, dokumentari itu cuba untuk menjelaskan bagaimana tenaga kerja di sebalik filem HMM termasuk Yusry dan Amir menggabungkan elemen sastera, mitos dan sejarah, bagi mewujudkan unsur realisme untuk filem itu.

“Kami cuma mengubah beberapa elemen untuk menjadikan versi filem HMM lebih meyakinkan tetapi masih berteraskan cerita asli.

“Justeru, penonton juga akan melihat beberapa perkara yang disebut dalam naskhah asal dalam HMM versi filem,” jelas Norman yang membelanjakan RM40,000 untuk dokumentari yang mendapat tajaan eksklusif Celcom itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular