Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 26 Februari 2011

Nasib Wanita Malaysia hilang di Christchurch belum diketahui





KUALA LUMPUR: Nasib seorang wanita rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Ritcher melanda bandar Christchurch, New Zealand Selasa lalu belum diketahui walaupun pihak berkuasa negara itu mengesahkan angka korban mencecah 113 orang.


Ketua bilik operasi Malaysia di Christchurch, Ayauf Bachi, berkata pihaknya ketika ini terpaksa menunggu pengesahan dan pengumuman rasmi Jabatan Pertahanan Awam New Zealand untuk mengetahui jumlah angka korban termasuk nasib yang menimpa wanita berkenaan.

“Kita sudah berjumpa dan merekodkan profil pelajar serta rakyat Malaysia yang terselamat di Christchurch tetapi masih sukar mengesahkan nasib wanita berkenaan.

“Usaha mengesan dan mencari mangsa yang tertimbus bangunan runtuh masih dijalankan. Kita perlu menunggu maklumat terbaru mengenai operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi menerusi taklimat yang diberikan pihak berkuasa negara itu hari ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Seramai 636 rakyat Malaysia berada di Christchurch ketika gempa melanda, termasuk 390 penuntut dan semua dilaporkan selamat tanpa kecederaan.

Ayauf yang juga Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar, berkata pada masa ini pihak berkuasa New Zealand tidak menggalakkan pelawat berkunjung ke bandar itu untuk menemui waris masing-masing bagi melancarkan kerja mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, bilik hotel dan penginapan di Christchurch juga penuh ketika ini kerana menjadi tempat sementara bagi penduduk tempatan yang kehilangan tempat tinggal akibat kediaman masing-masing musnah dalam bencana alam itu.

“Pada masa ini rakyat Malaysia wajar menunda rancangan mereka untuk pergi ke New Zealand terutama ke Christchurch sama ada untuk melancong atau melawat waris mereka di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di New Zealand, Dr Rosli Mohammed yang berada di bandar itu berkata, pelajar Malaysia di Christchurch mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, semalam kerana bersyukur selepas terselamat dalam gempa bumi itu.

“Walaupun trauma dan terkejut dengan gempa bumi yang dianggap luar biasa itu, mereka tetap bersemangat mengadakan majlis kesyukuran kerana tiada di kalangan pelajar yang tercedera dalam kejadian yang setakat ini mengorbankan 113 nyawa.

“Malah ramai pelajar kita menitiskan air mata ketika mendengar khutbah Jumaat yang dibacakan khatib di Kompleks Islam Christchurch (CIC) kerana isi kandungnya menyentuh peristiwa gempa bumi itu,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular