Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 Februari 2011

Singapura sasar 'Pelan Hijau ' 2012 telah berjaya



FOTO: Loji Airbaru Sembcorp di Changi. Airbaru sekarang memenuhi 30 peratus daripada permintaan air di Singapura, melepasi sasaran sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang tahun depan.



SINGAPURA:-- BEBERAPA sasaran yang ditetapkan di bawah Pelan Hijau Singapura 2012 (SGP 2012) telah berjaya dicapai, termasuk mengurangkan jumlah air yang digunakan setiap orang di rumah setiap hari dan kualiti udara lebih baik di negara ini.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Yaacob Ibrahim, berkata 154 liter air digunakan setiap orang di rumah setiap hari tahun lalu - melepasi sasaran SGP 2012 mencapai kadar penggunaan 155 liter air setiap orang setiap hari menjelang 2012.

Sasaran menambah bekalan air daripada sumber bukan konvensional juga telah berjaya ditingkatkan.

'SGP 2012 menetapkan sasaran meningkatkan bekalan air daripada sumber bukan konvensional ke paras sekurang-kurangnya 25 peratus daripada permintaan air Singapura.

'Kini kita dapat memenuhi 30 peratus daripada keperluan air kita menerusi penghasilan Airbaru,' ujar Dr Yaacob.

Beliau memberi laporan terkini tentang pencapaian SGP 2012 sebagai menjawab pertanyaan Dr Teo Ho Pin (Bukit Panjang) di Parlimen semalam.

SGP 2012, yang dilancarkan pada 2002, menetapkan enam bidang tumpuan bagi memastikan daya ketahanan sekitaran Singapura - udara bersih dan perubahan iklim, air, pengurusan sisa, kesihatan awam, pemuliharaan alam sekitar dan hubungan sekitaran antarabangsa.

Dalam bidang pengurusan sisa, Dr Yaacob berkata buat masa ini pihaknya telah berjaya mencapai kadar kitar semula sebanyak 58 peratus.

'Bagi mencapai sasaran mengitar semula 60 peratus sisa, Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) sedang mengkaji langkah-langkah mengitar semula dan mengurangkan sisa, sambil menimbangkan kesannya terhadap perniagaan dan keluarga,' ujar beliau.

Menurutnya lagi, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga sedang bekerja rapat dengan pemungut sisa awam dan pertubuhan akar umbi bagi menggalak keluarga mengasingkan sampah mereka dengan tujuan kitar semula.

Dr Yaacob menambah, mutu udara Singapura juga telah mencapai sasaran SGP 2012.

'Sejak 2003, PSI (Indeks Pencemaran Udara) berada pada paras baik bagi sekurang-kurangnya 85 peratus hari dan ini mencapai sasaran yang ditetapkan SGP 2012,' ujar beliau.

Bagi mencapai sasaran mempunyai lebih banyak taman dan kawasan jalinan hijau, sejak November lalu Lembaga Taman Negara (NParks) telah selesai membangunkan 150 kilometer penghubung taman.

Dalam bidang kesihatan awam, masalah penyakit denggi berjaya dikawal dengan purata 5,800 kes ditangani setiap tahun dari 2006 hingga tahun lalu - berbanging 14,000 kes yang dilaporkan pada 2005, kata Dr Yaacob.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular