Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Februari 2011

PAS umum calon Merlimau, Kerdau




KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanudin Salim, masing-masing sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini.

Pemilihan Yuhaizad, 38, diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Markas PAS As-Solihin Merlimau Pasir, Merlimau, malam tadi.

Pengumuman pencalonan Hasanuddin dibuat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Markas PAS Kerdau. Yuhaizad, lulusan Diploma Tasauf Islam, Institut Ilham Kuala Lumpur berasal dari Kampung Cincin Merlimau dan kini Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. Turut hadir pada pengumuman itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Hasanuddin, 43, adalah bekas calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008, tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin, tewas dengan majoriti 1,615. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperoleh 4,135 undi.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan kelulusan Diploma Ukur Tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah penduduk tempatan yang dilahirkan di Kampung Loyang, Kerdau, dekat sini.

Hasanuddin yang pernah berkhidmat dengan syarikat minyak dan gas di Sudan juga Setiausaha PAS Temerloh.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular