Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 Februari 2011

Guru dan pelajar Brunei menyerlah di Korea



FOTO: Wakil peserta Brunei Darussalam selamat pulang ke tanah air dengan membawa kejayaan pada pertandingan e-Icon di Korea.





BANDAR SERI BEGAWAN:--- Haji Khairul Azhar, dari Sekolah Rendah Mata-Mata dan Cikgu Haji Mazliadi Firdaus dari Sekolah Rendah Benutan, Tutong serta dua pelajar Sekolah Menengah STPRI yang menjadi wakil peserta Brunei Darussalam mengharumkan nama negara dengan membawa pulang kemenangan di tempat pertama bagi kategori guru dan tempat kedua bagi kategori pelajar semasa Pertandingan e-Icon (1st e-Learning International Contest of Outstanding New Ages) yang berlangsung di Seoul, Korea bermula 17 hingga 25 Februari lalu.

e-Icon yang dihoskan oleh MEST dan ditaja oleh Microsoft Korea dan IACE (Institute of APEC Collaborative Education) merupakan satu acara antarabangsa bertujuan menggalakkan perkembangan dan perkongsian kandungan pendidikan yang boleh digunakan secara global.

Haji Khairul semasa ditemui Media Permata sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas hari ini berkata; "Alhamdulillah dengan berbekalkan doa dan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan, kami berjaya membawa pulang kejayaan setelah berjuang untuk mengharumkan nama Brunei Darussalam.

"Pertandingan ini telah banyak memberikan pengalaman yang sangat berharga untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan juga kepada wakil peserta di masa yang akan datang.

"Bukan mudah untuk mendapat tempat pertama, apabila bertanding dengan para peserta dari Russia dan Indonesia. Walaupun acara pertandingan berkenaan merupakan acara pertandingan berkumpulan."

Sebanyak 14 negara menyertai dalam pertandingan itu termasuk Brunei Darussalam, China, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Russia (Sakha), Thailand, Russia, Vietnam, Mexico, Taiwan, Peru dan Singapura. Pertandingan itu mengandungi berbagai-bagai program seperti Latihan Antarabangsa, Pertandingan Dunia, Kemuncak I-Con, Pertandingan Idea E-pembelajaran dan seumpamanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular