Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 Februari 2011

Lelaki bakar rumah ditangkap



IMBAS: keadaan rumah yang dipercayai sengaja dibakar seorang lelaki yang bergaduh dengan isterinya di Kampung Balik Bukit, Setiu, kelmarin.





KUALA TERENGGANU:-- - Seorang lelaki yang membakar rumahnya sendiri selepas bergaduh dengan isteri di Kampung Balik Bukit, Setiu ditahan polis malam tadi untuk siasatan lanjut.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam di Hospital Setiu sewaktu dia hendak mendapatkan rawatan atas kecederaan yang dialami akibat kejadian malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek yang didapati positif ujian dadah itu ditahan reman beberapa hari untuk siasatan lanjut.

"Dia ditahan hasil maklumat orang awam ketika datang ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan malam tadi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12 tengah malam kelmarin, suspek dikatakan bertindak membakar rumahnya sendiri setelah naik berang selepas bertengkar dengan isterinya.

Isterinya yang berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pembantu di stesen minyak berhampiran ternampak kepulan asap tebal dari rumahnya ketika berada di rumah jiran.

Wanita itu dilaporkan mengesyaki suaminya yang panas baran membakar rumah berkenaan dan mendakwa pernah mengugut berbuat demikian ketika mereka bertengkar suatu ketika dulu.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah stor dan bengkel membaiki motosikal yang terletak berhampiran.

Menurut Manoharan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular