Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 30 November 2011

Fahmi Che Mat - Norshahrul Idlan menang anugerah !!




KUALA LUMPUR - Dua pemain bola sepak Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat memenangi anugerah buat kali kedua berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Penyerang terbilang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, 25, sekali lagi membuktikan kehebatannya menjadi antara penyerang terbaik negara setelah memenangi Anugerah Penyerang Terbaik buat kali kedua berturut-turut tahun ini.

Bersaing hebat dengan wira Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Hairuddin Omar serta pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Super musim ini, Abdul Hadi Yahaya (Terengganu), Norshahrul Idlan membuktikan beliau sebenarnya dalam kelasnya tersendiri selaku penyerang terbaik negara ketika ini.

Lebih manis lagi, Norshahrul Idlan atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Yo dalam kalangan peminat bola sepak The Red Warriors turut merangkul gelaran Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh (dahulu dikenali sebagai Anugerah Pemain Paling Bernilai) yang baru diperkenalkan tahun ini.

Sementara itu, Khairul Fahmi Che Mat, 22, juga membuktikan kehebatannya kekal penjaga gawang nombor satu negara dengan merangkul gelaran Penjaga Gol Terbaik buat kali kedua berturut-turut.

Diundi selaku tiga penjaga gol terbaik bersama Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu) dan Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan), Khairul Fahmi atau terkenal panggilan Apex membuktikan kehebatannya selaku penjaga gawang terbaik Negara dengan mengetepikan dua calon tersebut.

Meskipun dilihat lebih banyak habiskan masa berlatih bersama skuad kebangsaan sepanjang musim ini, namun kehebatan Apex tetap terserlah apabila hanya membenarkan gawang Kelantan bocor paling sedikit hanya 21 gol daripada 26 perlawanan Liga Super sepanjang musim ini.

Terbaru, penampilan Apex bersama skuad kebangsaan di Sukan Sea XXVI di Jakarta dan berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak negara buat kali kedua berturut-turut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular