Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 November 2011

Que Haidar tinggalkan dunia hiburan kerana dikongkong ?

Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka, Muhamad Qalis.





KUALA LUMPUR - “Bukan isteri mengongkong karier sebagai pelakon, tapi ini keputusan saya. Saya bertekad mengundur diri daripada dunia lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mentua,” kata pelakon, Tengku Iskhan Tengku Haidar atau Que Haidar, 32.

Sehubungan itu, dia menolak dakwaan pihak tertentu yang menuduh isterinya, Linda Jasmine Hashim, 38, sebagai punca dia meninggalkan dunia lakonan yang selama ini menjadi sumber pendapatannya.

Terbaru apabila pelakon berkenaan tidak menghadiri prebiu tayangan filem, ‘Misteri Jalan Lama (MJL)’ di Cathay Cineplax e@Curve menyebabkan Que Haidar didakwa dikongkong isterinya yang dikatakan cemburu melampau selain diberikan banyak syarat termasuk tidak melakonkan adegan cinta bersama pelakon wanita lain.

“Saya sudah lali dengan isu ini, isteri tak pernah mengongkong, tapi apa yang berlaku keputusan sendiri. Sebelum berkahwin saya sudah berniat meninggalkan dunia lakonan kerana bagi saya keluarga lebih utama.

“Bukan niat saya tak hadir tayangan prebiu filem MJL, namun ketika itu terpaksa berulang-alik ke Johor melawat saudara yang sakit akibat kanser,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular