Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 November 2011

WN Malaysia hilang di Indonesia ?




KUALA LUMPUR — Berita kehilangan seorang rakyat Malaysia selepas menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 baru-baru ini merupakan satu salah faham.

Berita itu tersebar meluas di laman Facebook dan Twitter selepas pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta diserahkan dompet milik Ahmad Firdaus Arham.

Dompet tersebut dilaporkan ditemui di dalam stadium berkenaan selepas perlawanan antara Malaysia dan Indonesia, Isnin lalu berakhir.

"Saya agak terkejut dengan berita ini, sebabnya saya hanya dapat tahu melalui berita itu kelmarin.

"Orang sibuk bercerita mengenainya di Twitter dan Facebook sedangkan saya telah selamat sampai di Malaysia pagi semalam,” kata Ahmad Firdaus ketika dihubungi semalam.

Jelas pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara itu, dompetnya dicuri sebelum hari perlawanan tersebut ketika membeli belah di Jakarta.

Dia mengesyaki kemungkinan pencuri itu yang meninggalkan dompet tersebut di stadium berkenaan ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Jelasnya, dia ada membuat laporan di pejabat pengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut namun tidak mendapat sebarang maklum balas yang positif.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular