Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 November 2011

Laman guru tadika ' K-Pop' popular sedunia

Laman peminat K-Pop dalam bahasa Inggeris yang ditubuhkan Cik Siti Nur Hajar bersama teman-teman lain di Internet kini menarik jutaan pembaca dari serata dunia.




SINGAPURA - BERMULA sebagai minat sahaja, kini tanpa disangka ia menjadi ikutan jutaan peminat lain.

Cik Siti Nur Hajar Radzuan merupakan peminat muzik pop Korea Selatan (K-Pop) dan telah menubuhkan sebuah laman web, khusus mengongsi perkembangan terkini kumpulan boyband Korea kegemarannya, DBSK, pada 2006.

Tetapi beliau tidak sangka laman www.sharingyoochun.net itu berkembang menjadi begitu popular sehingga ia kini dikunjungi hampir 3.6 juta pengunjung unik dari serata dunia sejak dihasilkan, atau lebih 5,000 kunjungan unik setiap hari.

Cik Hajar, 23 tahun, seorang guru tadika, merupakan antara semakin ramai peminat Singapura yang menggemari budaya dan muzik popular Korea, atau K-Pop, itu.

Selain meminati penyanyinya, beliau juga minat menonton drama atau filem-filem dari negara tersebut.

Menurutnya, laman tersebut dihasilkan bersama dua teman Internet dari Thailand dan Indonesia, yang ditemuinya menerusi rangkaian sosial, Multiply.com.

'Waktu itu, laman kami merupakan antara laman peminat K-pop pertama dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakannya dalam bahasa Korea, Jepun atau Cina,' ujarnya.

Ia kini bukan sahaja mengandungi berita dan perkembangan terkini tentang DBSK dan kumpulan pecahannya, JYJ, malah mengandung berita-berita lain K-Pop.

Ia juga telah menarik minat pembaca dari Amerika Syarikat, Canada, Australia dan rantau Asia Tenggara.

Sebagai pentadbir laman, Cik Hajar dan teman-temannya membahagikan tugas memantau perkembangan terkini, menulis artikel dan menerbitkan gambar.

Ini dilakukannya secara sukarela kerana laman itu tidak mengaup keuntungan.

'Kerana laman web kami popular, kami kerap diberi tiket percuma untuk buat liputan konsert K-Pop,' kata Cik Hajar yang telah menghadiri sekurang-kurangnya lima konsert DBSK dan JYJ.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular