Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 November 2011

Pelajar Brunei berlepas ke Singapura

Para pelajar bergambar ramai sebelum berlepas ke Singapura.





BANDAR SERI BEGAWAN - Seramai 20 orang pelajar dari beberapa buah sekolah menengah bersama empat pegawai pendidikan, Kementerian Pendidikan hari ini berlepas ke Singapura bagi menyertai Program Kem Cabaran Pemimpin-pemimpin Pelajar (The Students Leaders Adventure Camp) ke-5, dari 28 November hingga 2 Disember.

Program itu termasuk dalam perjanjian antara Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam dan Republik Singapura semenjak ia ditubuhkan pada tahun 2007, yang diadakan selang-seli. Program pertama diadakan di Singapura dan Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi program kali kedua.

Program kali ini adalah untuk mengukuhkan hubungan persahabatan antara pelajar melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan aktiviti-aktiviti luaran, permainan pembinaan pasukan dan dalam pengalaman hidup.

Ia juga bertujuan untuk mempromosikan tata cara kehidupan dan budaya dari kedua-dua buah negara dan sama-sama mengekalkan serta memelihara alam semula jadi di kedua-dua buah negara.

Sepanjang program itu, peserta dari Singapura dan Brunei akan menyertai beberapa aktiviti yang telah disediakan, di antaranya Mass Ice Breaking Games dan Penetapan Objektif, Abseiling, Zip Line, Challenge Pole, Nature Walk dan menyertai beberapa aktiviti lasak lain di Pusat Sukan Air Kallang, Bot Naga dan banyak lagi.

Keseluruhannya, program ini diharap akan dapat mengongsi pengalaman dan menimba ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar lain di sekolah-sekolah mereka.

Antara Sekolah-sekolah menengah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Kilanas, Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar, Kuala Belait, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Serasa, Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait, Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khatab, Lumapas dan banyak lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular