Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 9 Januari 2012

5 cedera dalam tiga letupan bom

Seorang mangsa letupan diberi rawatan selepas tiga letupan berlaku berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan lima orang termasuk seorang peguam cedera dalam tiga kejadian letupan dipercayai bom buatan sendiri yang berlaku di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini, semasa penghakiman kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan hari ini (semalam).

Empat daripada mangsa masing-masing dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka, badan dan kaki akibat terkena serpihan galas bebola (ball-bearing) daripada bom berkenaan, manakala seorang lagi mengadu mengalami kesakitan di dada.

Namun, semua mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hanya mengalami cedera ringan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha terletak kira-kira 300 meter dari pintu A kompleks mahkamah berkenaan.

Beliau berkata, letupan dipercayai bom buatan sendiri yang disembunyikan di bawah kon polis bagi melarang kenderaan diletakkan di tepi jalan itu telah mencederakan masing-masing seorang peguam dan orang awam.

"Kejadian letupan kedua berlaku pukul 10.45 pagi di kawasan kafetaria mahkamah yang mana bom diletakkan berhampiran motosikal dan van menjual minuman serta makanan.

"Ia diikuti kejadian ketiga pada pukul 10.55 pagi apabila satu lagi bahan letupan yang diletak bawah kon polis di tengah pembahagi jalan meletup," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Mohmad, letupan kedua mengakibatkan tiga lagi orang awam mengalami kecederaan serta memecahkan cermin sebuah lori dan dua motosikal.

Beliau berkata, letupan ketiga tidak mencederakan orang ramai tetapi terdapat empat kereta yang diletak di kiri dan kanan mengalami kerosakan.

Mohmad berkata, orang ramai bagaimanapun dinasihatkan agar tidak panik dengan insiden itu kerana polis masih menjalankan siasatan secara terperinci.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular