Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 3 Januari 2012

Elak banjir di Orchard Rd: Daya tampung sokongan perlu dibina




SINGAPURA - PEMERINTAH perlu mempercepatkan rancangan-rancangannya bagi menangani masalah banjir di sini, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, semalam.

Memberikan komennya yang pertama sejak banjir kilat di beberapa kawasan Orchard Road baru-baru ini, beliau berkata, daya tampung sokongan perlu dibina bagi mengurangkan muatan air yang mengalir ke Stamford Canal.

Jumaat lalu, agensi air negara, PUB, mendedahkan banjir kilat di besmen Liat Towers dan Lucky Plaza pada 23 Disember lalu, disebabkan beberapa bahagian Stamford Canal dipenuhi air hujan, yang tidak henti-henti turun sehingga tiga jam.

'Ternyata lebih banyak yang perlu dilakukan. Hakikat bahawa Stamford Canal ketika itu telah mencecah daya tampungan 100 peratus bermakna kita tidak mempunyai daya tampung sokongan yang mencukupi bagi menangani hujan lebih lebat dan cuaca yang berubah-ubah, yang saya rasa akan berlaku di masa hadapan.

'Jadi, kami perlu mempercepatkan rancangan kami untuk membina alternatif-alternatif bagi Stamford Canal... bagi mengurangkan muatan di bahagian terusan air itu,' ujarnya semalam.

'Ternyata, daya tampung sokongan masih perlu dibina dan ini sesuatu yang perlu kami usahakan. Namun ia bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dalam satu malam kerana ini adalah projek yang menelan belanja yang mahal, dan memerlukan prasarana-prasarana yang besar.

'Jadi kami perlu mendekati (projek-projek) ini dengan teratur dan berhati-hati. Tetapi komitmen yang saya akan berikan kini ialah kami akan memperbaiki keadaan,' ujarnya, yang ditemui di satu acara amal di pawagam Grand Cathay.

Banjir kilat tersebut menyebabkan kedai seperti restoran Wendy's dan kafe Starbucks mengalami kerugian teruk.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular