Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 11 Januari 2012

Fuziah Salleh siap berdebat isu 'Lynas'



KUANTAN - “Saya tidak kisah siapa ahli panelnya, Menteri Besar (MB) atau sesiapa saja, saya akan tampilkan diri supaya rakyat dapat mengetahui dan mendapatkan maklumat lebih tepat dan telus,” kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berhubung debat umum Lynas yang diwar-warkan untuk dianjurkan.

Menurutnya, beliau tidak gentar berhadapan dengan mana-mana pihak untuk berdebat berhubung isu itu dengan syarat, lokasi dan masanya ditetapkan penganjur.

“Namun saya tidak mem­punyai kuasa untuk men­jemput siapa-siapa, sebaliknya ia tugas penganjur untuk mengundang ahli panelnya kerana saya tidak mahu masuk campur dan biarkan mereka yang neutral bertanggung­jawab melakukannya.

“Setakat ini, saya pernah mencadangkan tarikhnya pada 28, 29 dan 30 Disember lalu, namun masih belum dapat mencapai kata muktamad sehingga kini,” katanya.

Media semalam melaporkan dua tawaran Perhimpunan Hijau untuk menjadi moderator atau turut mempunyai wakil (pasukan) jika debat umum itu dilaksanakan.

“Setakat ini, saya tidak keberatan jika Perhimpunan Hijau ingin menjadi penganjurnya, namun bukan sebagai moderator kerana saya ingin mereka yang mempunyai kredibiliti, dikenali dan profesional untuk menggalas peranan ini.

“Selain itu saya ingin debat umum ini melibatkan semua pakar berkaitan, jika semuanya dapat dilaksanakan, saya hanya tunggu dan bersedia bila-bila masa saja untuk menyertai debat ini,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular