Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 Januari 2012

Hairan Kordial bertukar warna




SEREMBAN - Seorang kakitangan awam terkejut apabila mendapati kordial berperisa ros yang dibelinya di sebuah pasar raya besar sekitar bandar ini berubah daripada warna asalnya, kelmarin.

Salim Sulaiman, 33, dari Taman Satria di Senawang, berkata, kordial dengan isi padu dua liter dan berharga RM4.80 itu dibelinya pada 22 Oktober lalu di pasar raya besar terbabit.

“Pada penutup botol, ada dicatatkan tarikh pengilangan pada 7 Oktober 2011 manakala tarikh luput pada 6 Oktober 2013.

“Warna kordial yang tiba-tiba berubah ini amat mengejutkan dan saya sekeluarga tidak berani untuk menggunakannya walaupun masih belum mencapai tarikh luput lagi,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, selain pe­rubahan warna, kordial yang dibungkus dan diedarkan oleh sebuah syarikat beralamat di Kuala Lumpur itu mengeluarkan bau yang pelik.

Katanya, kordial berperisa ros itu telah digunakan separuh sejak ia dibeli namun setakat ini, belum ada kesan sampingan terhadapnya dan ahli keluarga yang lain.

“Bagaimanapun, kami tidak lagi menggunakannya sebaik sahaja menyedari warna kordial berubah semalam, untuk mengelakkan kemungki­nan berlaku kemudaratan terhadap kesihatan kami,

Sehubungan itu, Salim berkata, pihak berkuasa berkaitan diminta segera menyiasat kualiti dan tahap keselamatan kordial berkenaan bagi me­mas­tikan kejadian serupa tidak berulang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular