Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 8 Januari 2012

Ibu tiga anak raih ijazah sarjana muda

Cik Hamidah Kurdi (kanan) menerima ijazah daripada rektor Institut Agama Islam Negeri, Imam Bonjol di Padang, Profesor Dr H. Makmur Syarif, dengan diperhatikan Pengarah Kolej Islam Muhammadiyah, Daing Fuad Abdul Kadir Tawajok.


SINGAPURA - LEBIH tiga dekad lalu, Cik Hamidah Kurdi berniat melanjutkan pelajaran dalam bidang ukhrawi sebaik-baik sahaja lulus peperiksaan GCE Peringkat 'A' kerana minat dengan pengajian Islam.

Namun, Cik Hamidah, 55 tahun, terpaksa menangguhkan niatnya kerana beliau berumah tangga tidak lama kemudian dan ingin menumpukan perhatian terhadap suami dan anak-anak.

Selepas 32 tahun, cita-cita ibu tiga anak itu tercapai jua - beliau meraih ijazah sarjana muda dalam jurusan Perbandingan Mazhab daripada Kolej Islam Muhammadiyah (KIM).

Cik Hamidah antara 36 graduan KIM yang menerima ijazah sarjana muda dan diploma dalam majlis konvokesyen di auditorium Masjid Sultan - yang ketiga diadakan kolej Islam tersebut.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran tamu terhormat, Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim.

Ditemui semalam, Cik Hamidah berkata meskipun mencabar untuk kembali belajar selepas lebih tiga dekad, kata-kata arwah suaminya menjadi pembakar semangat baginya.

Suaminya, Allahyarham Zakaria Buang, yang merupakan mantan wartawan media Singapura, meninggal dunia pada 2006 akibat barah.

'Saya masih ingat kata-kata beliau itu hingga hari ini,' ujar Cik Hamidah, yang anak-anaknya kini berusia antara 30 dengan 23 tahun.

Beliau, yang juga berkelulusan diploma dalam pengajian Islam daripada Persatuan Pelajar Agama Dewasa Singapura (Perdaus), kini merancang melanjutkan pengajiannya ke peringkat sarjana pula.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular