Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 4 Januari 2012

Isu Atlet dadah: Sikap KOM-PABM mengecewakan

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek







KUALA LUMPUR - “SEPATUTNYA Kesatuan Olahraga Malaysia dan Persatuan Angkat Berat Malaysia sudah tampil untuk memberikan reaksi atau penjelasan kepada pihak kami.”

Demikian jelas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas isu berhubung seorang atlet olahraga dan angkat berat yang beraksi pada Sukan SEA di Palembang, November tahun lalu disahkan positif dalam ujian doping masing-masing.

Meskipun didapati positif ekoran mengambil bahan terlarang, kedua-dua atlet itu perlu menjalani ujian sampel B bagi mengesahkan status ujian pertama itu.

Namun, Shabery berkata, apa yang penting sekarang ialah beliau masih menunggu jawapan daripada pihak persatuan tersebut dan setakat ini agak mengecewakan kerana tiada sebarang maklum balas yang diterima.

"Sebenarnya, Majlis Olimpik Malaysia telah mengutuskan surat berhubung masalah ini pada 21 Disember lalu tetapi saya amat kesal kerana tiada seorang pun tampil untuk memberikan penjelasan kepada kami.

"Saya mahu mendengar penjelasan, sekiranya atlet itu mengambil bahan terlarang tersebut disebabkan atas nasihat jurulatih atau mana-mana pihak, mereka sebenarnya tidak bersalah dan perlu dibela.

“Tetapi, jika persatuan tidak menyuruh atau membenarkan mereka mengambil bahan terlarang tersebut sebaliknya itu adalah tindakan daripada atlet itu sendiri, persatuan haruslah memberikan reaksi, bukan mendiamkan diri.

"Apa yang mereka mahu sembunyikan? Saya pun tidak pasti namun sekiranya mereka (atlet atau persatuan) didapati bersalah atau gagal memberikan penjelasan, saya akan menggunakan kuasa sebagai Menteri Belia dan Sukan untuk menghukum mereka atas tindakan yang tidak profesional ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya semalam.

Tambahnya lagi, beliau juga tidak akan teragak-agak untuk menarik balik wang ganjaran yang diberikan oleh pihak kerajaan atas kejayaan mereka meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA lalu.

Katanya, perbuatan ini memberikan kesan selain memalukan imej negara dan beliau telah menulis surat kepada dua presiden persatuan ini bagi menjelaskan perkara sebenar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular