Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 9 Januari 2012

Kedudukan Safee Sali akibat pengharaman kelab Indonesia ditentukan hari ini




KUALA LUMPUR - Safee Sali, penyerang Malaysia yang bermain dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya, akan mengetahui nasibnya selepas mesyuarat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) hari ini bagi menentukan masa depan kelab-kelab yang terlibat dalam Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut akhbar internet tempo.com, PSSI akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya selepas tempoh untuk kelab-kelab tersebut, yang diisytiharkan haram oleh Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), untuk kembali ke pangkuan PSSI, tamat semalam.

"Tiada lanjutan masa bagi kelab-kelab tersebut kembali menyertai PSSI. PSSI tidak boleh menunggu lagi kerana senarai kelab berkenaan perlu dihantar segera kepada FIFA," kata Ketua Umum PSSI, Djohar Arifin.

Safee, yang kontraknya bersama Pelita Jaya tamat pada 31 Januari ini, tersepit dalam kemelut bola sepak di republik itu kerana pengharaman ISL oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

PSSI pada minggu akhir Disember meminta kelab-kelab terbabit meninggalkan ISL dan kembali ke pangkuan badan induk bola sepak Indonesia itu dan memberi tempoh sehingga 9 Januari untuk mereka berbuat demikian.

Namun sehingga semalam tiada satu pun kelab dari ISL kembali ke pangkuan PSSI.

Djohar mengingatkan kelab-kelab itu bahawa pengharaman FIFA menyebabkan pemain yang terlibat dalam ISL tidak boleh menyertai skuad kebangsaan Indonesia.

Pemain import seperti Safee turut menerima tempias dan tidak boleh menyertai pasukan kebangsaan Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular