Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 23 Januari 2012

Pameran Best of Bridal Lifestyle & Fiesta Indonesia 2012

Encik Ahmad Faisal, yang lebih dikenali dengan nama Fai Bani, bersama juru andam kanan, Cik Sayati Osgodby, memperagakan 40 pakaian di satu pertunjukan fesyen di Singapore Expo kelmarin.



SINGAPURA - LAPAN tahun lalu, Encik Ahmad Faisal Sabtu, 29 tahun, memulakan perniagaan di sebuah gerai pasar malam menjual aksesori fesyen.

Tiga tahun lalu pula, beliau - yang lebih dikenali dengan nama Fai Bani - berpindah ke sebuah bilik pameran pengantin sebesar 3,000 kaki persegi di Chai Chee.

Kelmarin, pemilik firma Grandeur Fai itu telah menampilkan lapan pragawati yang memperagakan 40 pakaian pengantin dalam satu pertunjukan fesyen di Singapore Expo.

Ia merupakan antara kegiatan yang dianjurkan sempena pameran Best of Bridal Lifestyle & Fiesta Indonesia 2012 anjuran Orange Promotions

Menurut Encik Ahmad Faisal, ia merupakan pertunjukan fesyen terbesar pernah diadakan di sebuah pameran pengantin.

'Kami juga menghasilkan hiasan pakaian pengantin setinggi tujuh tingkat di pameran ini,' katanya.

Berkongsi falsafah reka fesyennya, Encik Ahmad Faisal berkata beliau gemar menggabungkan ciri moden dan tradisional dalam gubahannya.

'Setiap pakaian pengantin kami mempunyai ciri-ciri unik dan dihiasi dengan kristal Swarovski,' katanya, seorang graduan sekolah Raffles Design.

Bakatnya bukan hanya dalam bidang reka pakaian, malah menjangkau bidang solekan dan gubahan aksesori pakaian.

Sejauh ini beliau telah memenangi tujuh anugerah dalam industri fesyen dan solekan.

'Saya mula berniaga di pasar malam sekitar lapan tahun lalu sebelum berpindah ke gerai di Bugis Street.

'Sebagai satu-satunya pegerai Melayu di situ, saya terpaksa pelajari selok-belok niaga daripada peniaga Cina.'

Kini perniagaannya telah berkembang. Selain bilik pameran pengantin di Chai Chee, beliau telah menghasilkan 500 koleksi pakaian kesemuanya bernilai lebih $400,000.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular