Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 8 Januari 2012

Tiada tanda pengawal Azizah disuntik, diracun





BUKIT MERTAJAM - Pemeriksaan perubatan terhadap pengawal peribadi kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendapati tiada tanda-tanda bahawa lelaki itu diracun atau disuntik dengan racun seperti dilaporkan blog-blog.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, berdasarkan pemeriksaan terdapat kesan calar kecil pada tapak tangan kiri Fayyadh Afiq Al-Bakry Jaafar Siddiq, 26, sepanjang kira-kira 0.4 sentimeter.

"Mangsa sendiri memberitahu dia belum pasti sama ada benar-benar disuntik atau terkena sesuatu objek ketika dia mengiringi Wan Azizah," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa di HSJ di sini, hari ini.

Ayub memberitahu, sebuah pasukan khas yang diketuai Pengarah Hospital Seberang Jaya (HSJ), Dr. Azlina Mohd. Radzi dan dianggotai Pakar Perunding Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr. Zahari Noor dan Pakar Perubatan Dalaman HSJ, Dr. Teoh Guik Lee ditubuhkan untuk merawat mangsa.

Menurutnya, pihak hospital juga telah menghantar sampel darah dan air kencing mangsa ke Jabatan Kimia bagi dianalisis bertujuan mengesan sama ada ia dicemari dengan racun seperti didakwa.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian berhubung perkara itu kerana polis masih menjalankan siasatan mengenainya.

"Berilah peluang kepada pihak hospital dan polis menjalankan tanggungjawab untuk mengetahui punca sebenar mengikut peraturan dan undang-undang yang dibenarkan," tambahnya.

Beberapa blog pembangkang hari ini mendakwa, Fayyadh Afiq Al-Bakry terkena suntikan racun semasa mengiringi Wan Azizah naik ke atas pentas dalam satu ceramah politik parti itu di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam malam kelmarin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular