Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 6 November 2013

'Kenyataan Karpal biadab'- Pemuda Pas Selangor


SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa pertubuhan berteraskan agama dan kaum adalah sesuatu yang berbahaya.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Halim berkata, kenyataan Karpal itulah yang sebenarnya membahayakan kerana boleh mencetuskan ketegangan agama.

“Dewan Pemuda Pas Selangor mendesak Karpal Singh menarik balik kenyataan tersebut atau menerima desakan daripada seluruh pemuda Pas.

“Pemuda Pas menyelar tindakan Karpal selaku pimpinan DAP yang mengheret Pas dalam sikap prejudis terhadap Islam. Walhal pimpinan-pimpinan muda DAP sudah menerima hakikat perjuangan Pas yang selama ini bertunjangkan akidah Islam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.

Menurut Syarhan Humaizi, selaku peguam, Karpal sepatutnya faham bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

Katanya, selama ia diamalkan selepas lebih 50 tahun merdeka, tiada satu insiden pun yang boleh membuktikan tuduhan Karpal bahawa pertubuhan atas nama agama membawa sebarang bahaya kepada negara.

“Jika ada pun, ia merupakan ajaran yang songsang kerana tiada satu ajaran agama pun membawa kepada kemudaratan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Gombak berkata, apa yang menghairankan, mengapa Karpal mengaitkan pertubuhan atas nama agama dan mendesak Pas dibatalkan pertubuhannya hanya kerana didaftarkan atas nama Islam.

“Ia desakan biadab yang boleh mengeruhkan hubungan dalam PR,” katanya.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular