Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 18 November 2013

Remaja disorok makhluk halus di villa terbiar




Orang ramai turut mengunjungi kawasan berhampiran Villa Nabila berikutan berita di laman sosial mengenai kehilangan remaja di kediaman itu di Jalan Skudai, Johor.Gambar kecil: Shamsuri


SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya semalam.

Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul.

“Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan.

“Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu,” katanya.

Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa.

“Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun.

“Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar,” katanya.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular