Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 November 2013

Penyokong PAS tendang kereta calon BN

Calon Barisan Nasional, Prof Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) bersalaman dengan Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat.

YAN - Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim kesal dengan tindakan penyokong PAS yang menendang keretanya ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Dungai Dedap di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, tindakan itu mencemari politik damai yang diamalkan oleh BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ini.

Katanya, beliau yakin ia tidak dilakukan oleh orang tempatan.

"Saya kenal orang-orang di sini. Mereka bukan orang sini. Perbuatan mereka tidak mencerminkan akhlak orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Titi Batu di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, pada kira-kira jam 11 pagi itu, sekumpulan penyokong PAS mengerumuni kereta Honda CRV dinaikinya sebelum ada antara mereka menendang kenderaaan itu.

"Bagaimanapun saya tidak bercadang membuat laporan polis memandangkan insiden itu adalah antara warna-warni perjalanan politiknya.

"Ini salah satu perkara yang saya perlu belajar," katanya. (Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular