Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 23 November 2013

Tunai Haji: Terpaksa tunggu selama 50 tahun lagi


KUCHING – Umat Islam di negara yang mendaftar untuk menunaikan haji kini terpaksa menunggu selama 50 tahun sebelum dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, keadaan itu memang meresahkan kerana kuota 0.1 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi menyebabkan Malaysia yang mempunyai 28 juta penduduk hanya layak menghantar 28,000 jemaah haji setahun.

Ini diburukkan lagi dengan kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram yang menyebabkan jumlah jemaah haji di malaysia tahun ini dikurangkan kepada 22,320 orang tahun ini.

Katanya, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) sedang menunggu giliran menunaikan ibadat itu.

“TH menggunakan sistem komputer bagi menetapkan tarikh dan tahun bagi setiap individu berdaftar dengan kami.

“Bagaimanapun tempoh waktu menunggu akan berkurangan jika ada bakal jemaah yang dipilih untuk mengerjakan haji itu meninggal dunia atau mengalami sakit berpanjangan,” katanya.(Kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular