Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 November 2013

Pemuda Pas Perak: Ustaz Kazim ahli Pas


Raja Ahmad Iskandar

IPOH – Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.

Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang jawatan parti yang dipegang sepanjang pembabitannya dalam Pas.

“Pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebenarnya agak mengejutkan, ia juga menimbulkan persoalan sama ada Mohd Kazim telah menyertai Umno atau tidak kerana mengikut rekod, beliau masih ahli Pas yang sah.

“Apa-apapun kita tidak berhasrat untuk memberi ‘tekanan’, tambahan pula setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Ustaz Kazim berhubung lantikan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular