Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 8 November 2013

Nenek jual diri dengan RM15


JEMPOL – Biarpun umur sudah menjangkau 51 tahun, namun seorang wanita yang layak digelar nenek masih mahu menjual diri dengan mengenakan caj hanya RM15.

Wanita itu antara yang ditahan dalam Ops Noda dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sebuah hotel murah di Bahau di sini, malam kelmarin.

Ketua JSJ Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam operasi bermula jam 3.15 petang itu, seramai lapan wanita dan seorang 'makyah' ditahan kerana dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Kesemua yang ditahan berusia antara 26 hingga 51 tahun dan tujuh daripada mereka beragama Islam.

“Ketika serbuan, wanita terbabit didapati sedang asyik berbual dengan tiga pelanggan di sebuah bilik khas disediakan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati, tiga daripada bilik di hotel berkenaan dijadikan ‘port’ bagi tujuan itu.

Hamdan berkata, turut ditemui beberapa paket kondom yang disorokkan di dalam sebuah stor hotel berkenaan, dipercayai digunakan bagi aktiviti pelacuran.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai hotel berkenaan sering menjadi tumpuan ramai warga asing kerana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks hanya perlu membayar RM15.

“Apa yang kita kesalkan apabila seorang wanita yang sudah berumur terlibat dalam aktiviti pelacuran sedangkan pada usia sebegitu, dia sepatutnya insaf," katanya.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular