Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 11 November 2013

Pelakon, pelawak Ahmad Busu meninggal dunia


SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia petang tadi di Hospital Klang.

Allahyarham yang amat dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham turut terkenal dalam penampilan sitkom 2+1 dan Camni Camtu.

Antara pencapaian Allahyarham apabila dicalonkan Artis Komedi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999.

Berita kematian beliau mula tersebar di Twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular