Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 22 Januari 2012

Adik pemain badminton ditikam

Chan Peng Soon






PULAU PINANG - Adik kepada pemain badminton beregu negara, Chan Peng Soon dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, selepas cedera parah akibat di tikam di perut dan rusuk kirinya di sebuah kelab malam di Jalan Union Street di sini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, mangsa, Chan Peng Keat, 21, sebelum itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki ketika hendak mengambil teman wanitanya di kelab berkenaan sehingga berlaku pergaduhan dan mengakibatkan pemuda tersebut ditikam.

Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam tandas berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

Peng Soon ketika ditemui di sini berkata, keadaan adik bongsunya tersebut masih lemah dan baru sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital semalam.

"Saya sedih dengan kejadian yang menimpa adik saya kerana berlaku dua hari sebelum kami sekeluarga mahu menyambut Tahun Baru Cina," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dia tidak pasti sama ada adiknya itu mengenali suspek memandangkan dia belum berkesempatan bercakap dengan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan setakat ini.

"Kita menjalankan siasatan terhadap motif serangan termasuk mengesan suspek. Kita juga menunggu keterangan daripada mangsa kerana masih lemah dan dirawat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Bakhtiar berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular