Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 22 Januari 2012

Isu Sendayan: Individu berlari bogel




SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta individu yang pernah menguar-uarkan kepada orang ramai kononnya akan berlari bogel sekiranya isu Sendayan dapat diselesaikan, supaya mengotakan janjinya.

Menurut Mohamad, individu terbabit membuat janji pelik itu untuk memperlekehkan usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah pembelian tanah yang membelenggu penduduk di kawasan berkenaan sejak sekian lama.

Bagaimanapun, masalah Sendayan itu kini sudah pun diselesaikan dengan baik, sekali gus menolak segala cemuhan itu.

“Sebelum saya dapat selesaikan isu Sendayan, macam-macam mereka kata sehingga mereka sanggup keluar kenyataan mahu lari bogel keliling Sendayan selama tiga hari jika kerajaan dapat selesaikan.

“Sampai sekarang, saya tunggu orang yang cakap nak lari bogel itu,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau, di sini.

Mohamad juga mengakui mengenali individu berkenaan, bagaimanapun tidak mendedahkan siapa.

“Tapi kadang-kadang cakap macam-macam sampai tak terbawa dek badan, pandai cakap sahaja,” katanya.

Menurutnya, kerajaan tiada niat lain dalam menyelesaikan isu Sendayan itu, melainkan mahu menolong orang kampung orang ramai supaya dapat menikmati taraf hidup lebih baik.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular