Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 12 Januari 2012

Anak watan Temburong julang nama negara


Gambar kiri, Bersama rakan senegara yang turut menerima sijil Malaysia Book of Records.
sementara gambar kanan pula, Awang Ali bin Haji Radin ketika menerima sijil Malaysia Book of Records.


TEMBURONG - Awang Ali bin Haji Radin bukanlah satu nama yang asing di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi di daerah ini khususnya dan seluruh negara amnya.

Beliau menjulang nama baik negara apabila menjadi satu-satunya anak watan Daerah Temburong mewakili Persatuan PEMODA ke ekspedisi penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Semantan, di hujung selatan Sarawak, Malaysia, ke Kudat di Sabah Malaysia, yang meliputi jarak 1,689 kilometer dalam tempoh 24 jam di bawah program Ironman Borneo International First To Ride On Borneo Roads in A Day.

Menurut Awang Ali, yang juga Naib Yang DiPertua Persatuan Temburong Bikers, konvoi yang melibatkan sekumpulan 14 penunggang motosikal berkuasa tinggi, termasuk seorang penunggang wanita, dari Sabah, Indonesia, Kuala Lumpur dan dua orang penunggang dari Negara Brunei Darussalam, berlepas pada pukul 12:00 tengah hari pada 31 Disember 2011 dari Sematan Palm Beach Resort di Lundu, di mana dalam tempoh 24 jam kemudian para peserta konvoi harus sampai di Kudat, Sabah.

Beliau ketika bercerita mengenai perjalanan itu berkata, "Ia bukan satu tugas yang mudah untuk dilakukan kerana kami perlu melengkapkan seluruh perjalanan dalam masa yang ditetapkan demi cuba untuk menempa nama ke dalam Malaysia Book of Records".

Menurutnya lagi, antara objektif acara seumpamanya diadakan adalah untuk menggalakkan keselamatan jalan raya dan pada masa yang sama untuk mengumpul dana bagi mereka yang kurang bernasib baik dan beliau sangat berharap akan ada generasi baru mengikuti jejak beliau.

Acara ini mungkin menjadi satu aktiviti tahunan yang mampu menarik 100 penunggang tahun depan, ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular