
BANDAR SERI BEGAWAN - Rombongan dari Brunei yang diketuai oleh Awang Haji Mariat bin Haji Abdullah dengan dibantu Awang Haji Daud bin Haji Besar, bergambar ramai ketika melawat ke Bandar Raya Kuching, Sarawak, bagi mengisi musim cuti persekolahan akhir tahun selama lima hari dari 21 hingga 25 Disember lalu. Rombongan telah melawat ke beberapa tempat menarik seperti Kampung Budaya Sarawak, tempat membuat Kek Lapis Sarawak, Water Front Sarawak, dan membeli belah di beberapa pasar raya.
