Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 Januari 2012

Khidmat MRT lebih lancar di Tahun Baru





SINGAPURA - PARA penumpang yang akan balik bekerja atau kembali bersekolah pada Tahun Baru ini boleh menjangkakan khidmat MRT yang lebih kerap di laluan Utara-Selatan dan Timur- Barat pada waktu sibuk.

Menurut SMRT dalam satu kenyataan semalam, para penumpang perlu menunggu antara 2.14 minit dengan 2.5 minit pada waktu sibuk pada sebelah pagi dan antara 2.5 minit dengan 3 minit pada waktu sibuk pada sebelah petang.

Waktu sibuk pada sebelah pagi ialah dari 7 hingga 9 pagi sementara waktu sibuk pada sebelah petang ialah dari 5 petang hingga 7.30 malam.

Berikutan gangguan yang berlaku pada 15 dan 17 Disember lalu yang menjejas khidmat MRT, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengarahkan SMRT supaya memperlahankan kelajuan MRT kepada sekitar 40 kilometer sejam antara stesen Bishan dengan Marina Bay, dan antara Tiong Bahru dengan Bugis, sebagai langkah berjaga-jaga.

Kekerapan khidmat MRT turut terjejas kerana 13 kereta api rosak dan perlu diperbaiki dalam gangguan itu.

Menurut SMRT semalam, kekerapan khidmat kereta api telah dikurangkan kepada antara 3.75 dengan 5 minit selepas gangguan pada 15 dan 17 Disember.

'SMRT telah pun membaiki 12 daripada 13 kereta api yang rosak dan kereta api ini telah pun kembali berkhidmat.

'Baki satu kereta api akan dibaiki apabila kami menerima barang gantian,' jelas SMRT lagi.

Dua gangguan yang berlaku bulan lalu itu telah melumpuhkan khidmat MRT dan menjejas lebih 200,000 penumpang.

Beberapa penumpang terperangkap di dalam kereta api selama lebih sejam sebelum mereka diselamatkan, sementara ribuan lagi terpaksa mencari pengangkutan alternatif.

Siasatan awal oleh LTA dan SMRT mendapati ketiadaan penyepit rel, yang membekalkan kuasa kepada MRT, akibat tertanggal, dipercayai menyebabkan gangguan khidmat rel terburuk dalam sejarah MRT di sini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular